- Arnab mempunyai kandungan protein yang paling tinggi.
- Kandungan lemak pula adalah yang paling rendah sekali iaitu lebih kurang 60% sahaja.
- Paras kolesterol dalam daging arnab jika kita bandingkan dengan ayam dan daging adalah jauh lebih rendah.
- Daging arnab dikategorikan sebagai daging putih.(white meat)
- Panggilan untuk arnab jantan dewasa dikenali sebagai Buck.
- Panggilan untuk arnab betina dewasa dikenali sebagai Doe.
- Panggilan untuk anak arnab pula dikenali sebagai Kittens.
- Tempoh matang bagi arnab betina ialah 4 - 5 bulan.
- Tempoh matang bagi arnab jantan pula adalah 5 - 6 bulan.
- Bilangan anak yang dilahirkan antara 4 hingga 12 ekor.
- Arnab bunting selama 30-35 hari.
- Arnab boleh mengawan semula dalam masa 48 jam selepas melahirkan anak.
- Anak arnab akan membuka mata dalam masa lebih kurang 10 hari.
- Purata berat matang bagi arnab ialah jantan 1.5 kg dan betina 1.8 kg.
- Umur arnab tertua yang pernah direkodkan adalah berusia 19 tahun.
- Arnab mempunyai 28 batang gigi.
- Arnab mempunyai keupayaan melompat setinggi 1 meter dan sejauh 3 meter.
- Umur arnab boleh menjangkau sehingga 12 tahun
- Arnab akan menghasilkan bunyi "purr" bila gembira.
- Arnab amat suka mengunyah, jadikan sediakan benda keras dalam reban anda.
- Arnab boleh dilatih untuk menggunakan tandas.
- Arnab hendaklah dijauhi daripada pemangsa, kabel elktrik dan bahan beracun.
- Arnab aktif makan pada sebelah malam. (lebih kurang 70%)
- Terdapat 72 spesis didunia yang telah dikenalpasti.
- Suhu badan arnab 38-40 darjah celcius.
Khasiat daging arnab
- Daging arnab dikategorikan sebagai daging putih (white meat)
- Kandungan kalori daging arnab adalah 1752.7 bagi setiap kilogram. Berbanding daging ayam 1785.7, daging rusa 1851.8, daging ayam belanda 2623.5, daging kambing 3130.6, daging lembu 3174.6
- Kandungan protein daging arnab adalah yang tertinggi
- Kandungan lemak daging adalah yang terendah dengan kadar 63% lemak tidak tepu
- Paras kolesterol dalam daging arnab adalah jauh lebih rendah berbanding daging ayam, ayam belanda, daging lembu
- Jabatan Pertanian Amerika Syarikat telah menyarankan daging arnab sebagai daging yang terbaik untuk manusia
- Kajian menunjukkan bahawa daging arnab sesuai untuk pesakit jantung, orang-orang tua, gizi rendah natrium dan gizi kawalan berat badan
- Oleh kerana daging arnab senang dihadam, ia telah disarankan oleh doktor kepada pesakit-pesakit yang tidak boleh memakan jenis daging-daging lain