Antara penyakit-penyakit arnab:
Jumlah kematian arnab akibat penyakit cukup tinggi, iaitu, antara 15 ke 40%, bermula dari semasa kelahiran hingga dipisahkan dari induknya. Banyak faktor yang terlibat, iaitu:
Jumlah kematian arnab akibat penyakit cukup tinggi, iaitu, antara 15 ke 40%, bermula dari semasa kelahiran hingga dipisahkan dari induknya. Banyak faktor yang terlibat, iaitu:
i. Program sanitasi yang tidak teratur;
ii. Pemberian makanan yang tidak berkualiti;
iii. Jumlah makanan dan minuman sedikit serta tidak bersih;
iv. Kekurangan nutrisi (protein, vitamin, garam mineral);
v. Jangkitan dll
Antara penyakit yang sering menyerang arnab adalah seperti berikut:
1. Enteritis
2. Pasteurelosis
3. Young Doe
4. Koksidiosis
5. Sembelit
6. Koreza atau Pilek
7. Pneumonia
8. Kudis
9. Kanser Telinga
10. Ring Worm
11. Favus
12. Radang Mata
13. Penyakit Cacing
14. Kaki Bengkok
15. Memakan Bulu sendiri
16. Pemangsa (Kanibalisme)
Tujuan membicarakan tentang penyakit2 arnab ni bukanlah untuk menakut2kan sesiapa yang teringin membela arnab, tetapi lebih kepada untuk memberi input dan pengetahuan agar kita dapat mengambil langkah2 awal mengawal dan mengatasinya. Semoga dengan ilmu yang sedikit ini kita dapat menmanfaatkan bersama.
1. Enteritis
Penyakit ini seringkali menyerang sistem pencernaan arnab dan faktor penyebab utama kematian arnab. Kerapkali menyerang anak2 arnab terutamanya anak arnab yang sedang menyusu. Antara lain, dalam bahasa kita penyakit ni lebih dikenali sebagai cirit-birit, kembong atau "bloat".
Penyebab utama penyakit ni adalah keadaan udara yang lembap, basah atau terdedah kepada cuaca sejuk pada waktu malam secara langsung dan perubahan cuaca yang mendadak. Selain itu, ia juga berpunca dari faktor pemakanan yang tidak seimbang di mana komposisi nutrisi yang dibekalkan seperti protein, serat kasar dan lemak yang tidak tepat.
Antara tanda2 kembung yang ditunjukkan ialah, sentiasa berdiri dalam posisi membongkok dan kaki ke hadapan, telinga terkulai ke bawah, mata suram dan pergerakan mulu seakan2 menahan sakit. Selain itu, arnab selalu dahaga serta kerap minum air. Najis yang dihasilkan berwarna hijau gelap, berbau busuk, berlendir dan kerap kali melekat pada bahagian dubur. Penyakit ni boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan lain seperti Mucoid Enteritis, Hemorrhagic Enteritis dan Diaarheal Enteritis.
Mucoid Enteritis atau mukosa enteritis ni berlaku disebabkan oleh teknik pemeliharaan arnab yang tidak betul. Kebiasaannya arnab menunjukkan tanda2 cirit-birit, menghasilkan najis yang cair seperti jelly. Ini disebabkan pemberian makan yang mengandungi serat kasar yang terlalu kasar melebihi 20%.
Langkah pangawalan yang perlu adalah dengan mengasingkan makanan hijau dan air minuman yang telah disediakan. Arnab perlu diberi makan kering seperti daun2 kering. Selain itu, antibiotik perlu ditambah ke dalam makan dan minuman induknya yang sedang menyusukan anak.
Bagi arnab yang terkena Hemorrhagic Enteritis, tanda2 yang ditunjukkan adalah cirit-birit berdarah. Najis berwarna coklat dan cair. Untuk pemulihan, antibiotik perlu ditambah ke dalam makan dan minuman induknya yang sedang menyusukan anak.
Diarrheal Enteritis pula merupakan penyakit yang boleh membunuh arnab yang diternak. Gejala yang ditunjukkan adalah mengeluarkan najis yang cair, berwarna gelap dan berbau busuk. Lazimnya arnab hanya dapat bertahan selama 1 hingga 3 hari sebelum mati. Serangan adalah berpunca daripada bakteria yang akan menghasilkan toksik dan racun. Racun ini akan berkembang di dalam lapisan usus, merosakkannya dan seterusnya arnab menjadi lemah dan mati.
Langkah yang perlu dilakukan adalah dengan mengasingkan arnab2 tersebut serta elakkan daripada memakan dedaun. Pemberian antibiotik perlu dilakukan. Seterusnya pada hari berikutnya penyuapan vitamin dan elektrolit(Nopstress) perlu dilakukan sehingga arnab benar2 sembuh.
Secara umumnya penyakit enteritis ini berpunca daripada pemberian makan yang tidak sesuai atau sering berubah2, terlalu banyak makanan hijau yang basah, perubahan cuaca yang mendadak, kawasan penternakan yang kotor dan anak arnab diasingkan terlalu awal. Pemberian serat kasar yang berlebihan atau berkurangan juga menyebabkan arnab dewasa mudah diserang penyakit ini.
2. Pasteurelosis
Penyakit ini lebih kerap menyerang arnab dewasa berbanding anak arnab. Sama seperti enteritis, penyakit ini juga kerap menyerang sistem pencernaan arnab. Disebabkan oleh serangan bakteria Pasteurella multocida. Serangan bermula dari bahagian atas saluran pencernaan, seterusnya merebak menjangkiti organ lain seperti uterus, testikal dan kelenjar susu.
Langkah pengawalan yang perlu diambil adalah dengan membuang kotoran yang sedia ada dan memastikan sistem pengudaraan berjalan dengan lancar.Pencegahan boleh dilakukan dengan menyuntik vaksin kepada arnab. Vaksin berfungsi meningkatkan daya ketahanan untuk melawan serangan penyakit, meningkatkan pertumbuhan dan mengurangkan kematian.
3. Young Doe Syndrome
Seringkali menyerang anak arnab betina yang dilahirkan dalam kelompok kelahiran pertama dan kedua. Ia berlaku disebabkan oleh septisemia di mana pemusnahan tisu secara meluas yang berlaku akibat penyerapan bakteria penyebab penyakit seperti Mastitis. Antara tisu2 yang mengalami kemusnahan adalah tisu2 yang terdapat pada kelenjar susu. Selain itu, ia juga disebabkan oleh serangan bakteria Stapphylorus aureus yang memasuki melalui kelenjar susu atau puting susu yang luka.
Serangan mastitis menyebabkan suhu badan induk semakin meningkat, nafsu makan berkurang, puting susu membengkak dan keras sehingga menyukarkan penyusuan anak.
Selain berpunca daripada jangkitan bakteria, penyakit ini juga disebabkan oleh pemberian makanan yang tidak seimbang. Pemberian makanan yang mengandungi biji-bijian yang tinggi akan mempercepatkan serangan enteritis, lalu berkembang menjadi mastitis dan radang susu. Anak2 arnab akan mati disebabkan kekurangan sumber susu awalan.Kaedah rawatan yang sesuai adalah dengan memberikan suntikan Penicilin, Dexatozoon, Sulmethonl, Sulfa Strong atau Oxylin.
Program sanitasi juga perlu dipertingkatkan. Sangkar atau kawasan penternakan perlu dibersihkan, disembur dengan larutan pembasmi kuman. Anak2 yang sakit perlu diasingkan dan dirawat di dalam sangkar kuarantin. Ia juga perlu diberi minum Rabbit Milk atau susu kambing.
4. Koksidiosis
Disebabkan oleh serangan parasit (protozoa) yang kerap menyerang bahagian usus atau hati arnab. Pada serangan kronik, arnab2 ini akan mati. Penularan penyakit ini berlaku melalui mulut. Ia disebabkan oleh tindakan arnab memakan atau menjilat makanan, minuman dan bahan lain yang menjadi punca penyakit. Serangan akan lebih teruk pada musim hujan. Kawasan penternakan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik meningkatkan risiko pembiakan organisma penyakit.
Terdapat 2 bentuk serangan, iaitu serangan bersifat akut (intesnital coccidiosis) dan serangan bersifat kronik (hepatic coccidiosis). Serangan kronik akan menyebabkan kematian anak arnab dalam tempoh 3 ke 4 minggu selepas jangkitan.
Antara gejala penyakit yang jelas adalah kehilangan selera makan, badan semakin kurus, letih lesu dan berat badan semakin berkurang. Pergerakan mulut arnab juga menunjukkan ia seakan2 menahan sakit. Najis yang dikeluarkan cair dan mengandungi danrah dan lendir.
Kaedah rawatan yang sesuai adalah dengan memberikan ubat2an yang mengandungi sulfa untuk menghalang cirit-birit, seperti, Sulfa Quinoxalin, Trisulfa, Sulfa Strong dan Noxal. Ia juga boleh dirawat dengan ubat penghalang diarea seperti Tetracycline atau Eludron yang berbentuk ubat titis.
Selain itu, program sanitasi perlu dipertingkatkan. Sangkar atau kawasan penternakan perlu sentiasa dibersihkan, disembur dengan larutan pembasmi kuman(macam den larutan Dettol dan air). Anak2 yang sakit perlu dipisahkan dan dirawat di dalam sangkar kuarantin dan hadkan pergerakan pekerja serta lawatan.
5. Sembelit
Ni kes tak boleh buang air besar dan kandungan air kencing terlalu sedikit. Kelakuan arnab juga pelik kalu kena penyakit ini. Antara penyebab adalah pemberian makanan yang tidak seimbang dengan keperluan air serta serat kasar di dalam makanan kering dicampurkan secara berlebihan di dalam bahan hijau yang diberikan.
Rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan arnab minum air dengan secukupnya. Berikan makanan pellet kepada arnab dan sediakan makanan hijau, sayur2an dan bauh2an mengikut keperluan arnab. Selain itu, lepaskan arnab ke luar sangkar supaya ia boleh bergerak bebas dan menghirup udara segar.
Pastikan rangsum makanan kering dan bahan hijau diberikan mengikut komposisi yang sesuai dan seimbang. Air minuman perlu ditambah dengan vitamin dan garam mineral bagi melengkapkan lagi nutrisi. Sangkar yang sempit perlu diperluaskan atau diganti dengan sangkar yang lebih luas untuk memudahkan arnab bebas bergerak dan tenang.
6. Koreza atau Pilek
Penyakit ni akan menyebabkan arnab bersin yang berpanjangan. Antara gejala yang ditunjukkan adalah hidung mengeluarkan lendir berwarna putih atau keruh, sering menggunakan kaki hadapan untuk menggaru2 hidung, kaki dan bulu pada badannya sentiasa basah, mata sembap, basah dan berair, cam kita gakla bila kena selsema.
Penyebab utama agak sukar dikenalpasti, cam kita jugakla. Sesetengah berpendapat ianya berlaku disebabkan serangan bakteria atau virus (pun macam kita jugak). Ia bersifat mudah menular dan menyerang selaput lendir pada bahagian hidung. Pada serangan serius, virus ini menular dan menjangkiti bahagian tengkorak dan paru2 sehingga menyebabkan arnab mengalami masalah pernafasan.
Cara perawatan adalah dengan menyemburkan larutan antiseptik pada bahagian hidung dan membersihkan sebarang kekotoran yang mengeras dengan menggunakan air sum pada hidungnya. Juga boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik seperti Penicilin atau Anticold.
Penyakit ini mudah merebak di kawasan sangkar yang basah serta peredaran udara yang tidak lancar. Kawalan adalah dengan meningkatkan program sanitasi, mengurangkan kepadatan populasi sesangkar, memberikan makanan dalam jumlah mencukupi dari segi kuantiti dan kandungan gizinya. Pastikan arnab dapat bergerak bebas dan menerima dedahan matahari secukupnya setiap hari.
7. Pneumonia
Pneumonia atau radang paru2 merupakan penyakit yang menyerang sistem pernafasan arnab. Disebabkan oleh jangkitan bakteria Pasteurella multocida. Gejala yang ditunjukkan adalah sering mengangkat atau mendonggak2kan kepalanya ke atas kerana sukar bernafas, mata dan telinga berwarna kebiruan, kadangkala keluar cecair bernanah dan kotoran yang dihasilkan dalam bentuk cecair.
Penyakit ini kerap menyerang arnab yang mengalami penurunan dalam sistem imun, terutamanya induk yang hampir beranak buat kali kedua atau ketiga. Antara penyebab utama penyakit mudah merebak ialah keadaan sangkar atau reban penternakan yang terdedah dengan aliran udara yang kencang, kelembapan yang tinggi dan pemberian makanan yang tidak seimbang.
Penyakit ini sukar sembuh tetapi rawatan awal dapat meminimumkan serangan kronik. Antara ubatan yang digunakan adalah Penicilin, Oxylin atau Sulfa Strong yang diberikan melalui suntikan.
8. Kudis
Kudis akan menyebabkan arnab mengalami masalah kegatalan pada bahagian badan seperti kepala, mata, hidung, kaki dan keseluruhan badan. Disebabkan oleh jangkitan kutu Sarcoptes scabiei sehingga ia dikenali dengan nama scabesiois.
Kutu ini berbentuk hampir bulat, mempunyai empat pasang kaki. Kutu jantan berukuran 0.2 - 0.24 mm manakala betina 0.33 - 0.6 mm. Kutu yang berkembang-biak akan menghasilkan telur sebanyak 40 - 50 butir.
Serangan kutu betina akan merosakkan lapisan kulit bahagian atas. Kerosakan kulit ini menyebabkan arnab mengalami kegatalan dan luka. Akibatnya, jangkitan kulit berlaku. Kulit akan menjadi kemerah-merahan, bulu semakin gugur dan sering mengalami gatal2 yang berlebihan.
Selain itu, arnab akan bertindak menggaru dan menggosokkan bahagian yang gatal pada permukaan dinding sangkar. Akibatnya kulit mengalami luka, berkudis, badan menjadi semakin kurus, hilang selera makan dan akhirnya mati.
Arnab yang dipelihara dalam sangkar tertutup yang menggunakan lantai tanah lebih mudah dijangkiti kutu ini berbanding dengan yang di dalam sangkar bertingkat (sangkar bateri).
Langkah pengawalan yang sesuai adalah dengan mengasingkan yang dijangkiti kutu ke sangkar kuarantin. Bersihkan sangkar dengan menggunakan larutan pembasmi kuman dengan berhati2. Sangkar perlu dijemur dan dibiarkan kosong selama 15 hari.
Jangkitan yang lebih kronik dicegah dengan mencukur bulu arnab yang mempunyai kudis. Cuci luka akibat kesan menggaru dengan menggunakan air panas. Seterusnya sapukan dengan ubat kudis seperti Caviam atau Scabicid Cream. Rawatan perlu dilakukan 2 kali sehari.
9. Kanser Telinga
Gejala penyakit yang ditunjukkan adalah gatal dan sakit pada bahagian telinga yang mengalami serangan. Arnab juga kerap kali menggoyangkan atau menggelengkan kepalanya, menggosok-gosokkan bahagian daun telinga ke mana-mana permukaan kasar sehingga menyebabkan bahagian tersebut menjadi kemerah-merahan. Cecair yang keluar dari bahagian yang rosak akan mengeras dan seterusnya membentuk kepingan luka. Arnab yang diserang penyakit ini akan kelihatan gelisah dan tidak tenang.
Untuk mengatasi masalah serangan, arnab yang sakit perlu diasingkan ke sangkar lain. Kesemua arnab yang ditempatkan bersama perlu dirawat sebelum jangkitannya bertambah kronik. Bahagian telinga yang dijangkiti perlu disapu dengan ubat pembasmi kutu. Ubat ini disediakan dengan mencampurkan 1 bahagian sodium, 25 ml minyak kelapa dan 10 bahagian alkohol. Ubat ini disapu dengan menggunakan kapas.
10. Ring Worm
Penyakit ini berpunca daripada jangkitan kulat yang membiak di bahagian bawah kulit. Pada peringkat awal serangan, ia akan menyerang bahagian kepala atau kaki dan seterusnya menular ke bahagian badan yang lain. Bahagian yang diserang ditandai dengan bintik-bintik berwarna merah, menyebabkan arnab mengalami kegatalan malah ia boleh menjangkiti manusia.
Akibatnya, bulu2 arnab akan bergumpal dan kusut, mudah gugur, bulu yang gugur akan melekat pada bahagian permukaan badan sehingga akan menutup bulu2 yang lain.Langkah pengawalan dilakukan adalah dengan mencukur bahagian yang diserang lalu dibersihkan dengan menggunakan air sabun. Bulu yang telah dibersihkan perlu dikeringkan serta disapu dengan larutan iodin sehingga sembuh.
Program sanitasi perlu ditingkatkan. Sebarang peralatan dalam sangkar perlu disteril atau disucihama. Peralatan yang tidak boleh digunakan perlu dibakar atau ditanam.
11. Favus
Adalah jangkitan pada kulit kepala disebabkan oleh serangan kulat. Serangan ini menyebabkan bahagian kulit kepala kelihatan bersisik, sisik tersebut berbentuk bulat pipih, merah dan keras. Kulit kepala kelihatan menggelupas dan bulu2 lebih kerap gugur.
Langkah pencegahan yang sesuai dilakukan adalah dengan membersihkan bahagian yang sakit menggunakan sabun dan air suam. Kemudian ia perlu dikeringkan. Bahagian yang telah kerin perlu disapu dengan ubat seperti Scabicid Cream.
12. Radang Mata
Sering menyerang anak arnab yang telah menjangkau usia beberapa minggu dan juga terdapat juga pada arnab dewasa. Radang ini berwarna merah, terutamanya pada kelopak mata atau selaputnya. Bulu di bahagian mata sentiasa lembap dan kadangkala keluar nanah. Penyakit ini disebabkan oleh serangan bakteria. Luka yang menyerang bahagian selaput mata akan lebih cepat merebak jika terdedah kepada debu yang kotor, habuk, gas ammonia dan asap.
Bagi mengatasi, bahagian mata arnab perlu dibersihkan dengan cecair pembersih mata dengan menggunakan kapas. Sebarang kotoran yang melekat pada mata perlu dibuang. Setelah itu, titiskan ubat mata atau sapu bahagian mata dengan cecair antibiotik seperti Chloramphenicol.
13. Cacing
Dikenali sebagai pinworm atau oxyuris. Gejala yang ditunjukkan adalah badan arnab semakin kurus, lemah, pucat, hilang selera makan, bulu kelihatan pucat dan arnab suka menggaru-garukan bulu di sekeliling bahagian dubur. Ia disebabkan oleh serangan cacing yang kecil dan berwarna putih. Ukuran cacing dewasa adalah 1.25 cm. Ia gemar hidup di bahagian usus belakang.
Kadangkala cacing ini ditemui hidup2 di kawasan kotor. Arnab yang sihat akan lebih mudah dijangkiti sekiranya makanan dan minuman yang diberikan mengandungi telur cacing.
Arnab yang diserang perlu dirawat dengan segera. Bahan hijau berupa rumput atau daun2 hijau yang disediakan perlu dibersihkan terlebih dahulu. Lantai sangkar perlu dibina dengan menggunakan dawai atau jaring untuk mengurangkan penularan penyakit.
14. Kaki Bengkok
Penyakit kaki bengkok atau rachitis merupakan salah satu penyakit disebabkan oleh masalah kekurangan Vitamin D. Sering meyerang anak arnab dalam peringkat awal pertumbuhan. Vitamin D berperanan dalam membekalkan kalsium dan magnesium yang amat diperlukan dalam proses pembentukan tulang, kuku dan bulu. Kekurangan vitamin D menyebabkan pertumbuhan tulang menjadi tidak sempurna, tulang kaki lemah dan bengkok dan tidak kuat untuk menampung berat badan. Bahagian tulang yang bengkok ini berbentuk seperti huruf O atau X.
Arnab yang dibesarkan di dalam sangkar tertutup kebiasaannya mempunyai risiko kurang meneriama dedahan matahari yang secukupnya. Sumber vitamin D adalah lemak ikan. Minyak ikan diberikan kepada anak arnab sebagai pelengkap dalam pemberian makanan. Minyak ikan ini boleh ditambah di dalam makan konsentrat. Selain vitamin D, konsentrat juga perlu mengandungi sumber nutrisi yang lain seperti kalsium, fosfor dan mangan bagi pembentukan tulang yang kuat.
15. Memakan Bulunya Sendiri
Sekiranya didapati arnab memakan bulunya sendiri, lakukan pemeriksaan dengan segera ke atas makanan yang diberikan. Lazimnya, arnab akan bersikap begini jika makanan yang diberikan tidak mangandungi jumlah protein dan serat kasar yang mencukupi, terutamanya rumput.
Kekurangan protein dan serat kasar menyebabkan selera makan semakin berkurang. Pertumbuhan bulu semakin tidak seragam dan kusut. Berat badannya semakin merosot.
Berdasarkan pengalaman penternak arnab pedaging, didapati banyak bulu bergumpalan di dalam kantung perutnya selepas arnab disembelih. Bulu ini bukan sahaja tidak dapat dicernakan malah ia akan menggangu fungsi sistem pencernaan. Lama-kelamaan arnab akan diserang radang saluran pernafasan.
Tabiat arnab memakan bulu sendiri atau bulu arnab lain boleh diatasi dengan menyediakan makanan yang bernutrisi, lengkap dan dalam jumlah yang banyak cukup untuk pertumbuhannya. Pastikan makanan pallet diberikan mengikut aturan. Makanan lain seperti konsentrat dan bahan hijau perlu diberikan dalam kuantiti bersesuaian.
16. Pemangsa (Kanibalisme)
Juga dikenali sebagai haiwan pemangsa jika ia bertindak menyerang arnab lain. Selain itu, ia juga akan mencederakan arnab lain dan memakan sesama sendiri. Arnab ini juga suka memakan bulu arnab lain. Arnab yang bersifat kanibal ini mempunyai pandangan mata yang sangat tajam di samping lebih aktif daripada arnab lain. Antara faktor utamanya adalah disebabkan kekurangan makanan atau kandungan gizi di dalam makanan amat rendah serta air minumannya semakin berkurangan.
Induk yang sedang bunting atau menyusukan anak juga boleh bersifat kanibal sehingga sanggup memakan anaknya yang baru lahir akibat kekurangan makanan. Selain itu, faktor kepadatan populasi yang tinggi di dalam satu sangkar akan meningkatkan risiko arnab bergaduh antara satu sama lain. Tindakan menempatkan pelbagai jenis arnab yang mempunyai saiz, pertumbuhan dan keperluan makanan yang berbeza2 juga merupakan sebab arnab bersikap ganas.
Langkah pengawalan terbaik adalah dengan memberikan makanan yang mencukupi, memastikan kepadatan populasi tidak mengganggu pembesaran arnab, tidak mencampurkan arnab yang berlainan saiz dan tidak mempunyai umur yang sama dalam satu sangkar dan menjauhkan arnab2 ini daripada arnab yang bersikap pemarah dan kanibal ini.