Koleksi Arnab Di Dunia

American Chinchilla
Negara asal: France. Baka yang mempunyai bulu yang terbaik. Lebat dan halus 1 1/4 ” panjang . Licin dan berkilat. Bulu di bahagian bawah selalunya biru, bahagian tengah kelabu mutiara, menjurus ke warna putih dan hujung berwarna hitam. Bulu panjang dan hitam. Berbadan bulat. Juga dikenali sebagai “Heavyweight Chinchilla”. Berat 9-12 lbs.  Berat Chinchilla gergasi ialah 12-16 lbs, manakala berat Chinchilla yang standard ialah 5-7 1/2 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.


Vienna White
Negara asal: Austria. Tegap. Berat 8-12 lbs. 2 warna – Biru Vienna dengan warna gelap biru di bahagian atas, &  cerah di bahagian bawah cerahr & putih Vienna.








Beveren White
Negara asal: Beveren, Belgium. Pengeluar daging dan bulu. Salah satu arnab besar yang mengeluarkan bulu. Berwarna cerah biru “lavender”, putih, berkilat, hitam dengan biru gelap sebagai latarbelakang, perang & ungu lembut. Ada juga jenis yang jarang didapati yang dipanggil  Pointed Beveren warna sama tapi warna puith dihujung bulu. Ciri yang ketara untuk bulu warna putih ialah mata birunya.  Badan jenis “Mandolin ” .  Haiwan kesayangan yang paling sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anggaran berat 8-12 lbs.


Tan
Negara asal: Derbyshire, England. Kacukan arnab liar Dutch. Ada bahagian badan yang berwarna keemasan perang dan bahagian lain berwarna hitam, biru, coklat atau ungu lembut. Berat 4-6 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.







Silverfox
Negara asal: Ohio. Hitam berkilat dengan warna perak. Baka daging yang diminati. Peratus daging yang tinggi selepas diproses. Salah satu baka yang popular dengan bulunya. Luarbiasa panjang, lebat dan warna perak yang serata. Bulu lebih panjang jika dibandingkan dengan bulu baka arnab komersial yang biasa; bulu yang lebih halus. Berat 9 -12 lbs. Lemah lembut. Baka yang mudah dipelihara. Ibu yang cemerlang. Boleh sesuaikan diri dengan semua cuaca.



silvermarten

Dikenali sebagai “Silver Fox” di England. (tidak sama dengan “Silver Fox” di America) Hitam, biru, cokelat, sabel dengan hujung warna perak dari perut hingga ke tepi dan punggung kecuali bahagian belakang. Berat 6-9 1/2 lbs.





english spot
Pada asalnya ianya mirip kepada Checkered Giant. White rabbit yang mempunyai hidung rama-rama yang berwarna, tanda berantai, pipi bertompok, telinga berwarna & jaluran “herringbone” biru, “tortoiseshell” berwarna hitam, keemasan, ungu lembut, kelabu atau cokelat. Juga dipanggil “Lapin Papillon Angalias” di Perancis atau arnab rama-rama Inggeris kerana hidungnya berbentuk rama-rama . Berbadan panjang dan melengkung. Cepat membesar, dan pengeluaran daging selepas diproses tinggi pada peringkat yang muda. Berat 5-8 lbs.


sable
2 jenis: “Marten sable” dengan warna  putih di bahagian bawah atau “Siamese sable” yang tidak mempunyai warna putih di bahagian bawah. Berbulu sutera yang lebatr. Sangat tenang.





castor rex,mini rex,sealpoint rex


Negara asal: France. Berwana hitam, biru, “broken group, californian”, “castor, chinchilla”, cokelat, himalayan, ungu lembut, “lynx”, “opal”, merah, “sable”, “seal tortoise” & putih. Terlalu lebat, bulu lurus 5/8″ . Lemah lembut dan semulajadinya baik. Haiwan kesayangan yang baik. Selalunya berat diantara 7 1/2-10 1/2 lbs. Berat “mini rex” 3-4 1/2 lbs.

britannia petite
Negara asal: Britain. Baka yang paling biasa ialah berwarna putih dan bermata merah. Pembawaan yang buruk. Tidak sesuai dijadikan haiwan kesayangan. Mempunyai mata yang berwarna biru dan merah. Bulu yang pendik dan halus. “Fly back coat”. Berat < 3 1/2 lbs. Berwarna putih, hitam “otter”, hitam, biru, cokelat, “chestnut agouti”, “sable marten”.Bulu yang licin berkilat dan seperti sutera. Di USA, dikenali sebagai “Britannia Petite”.



palomino
Negara asal: Washington. Warna keemasan, “lynx” c.Berat 8-11 lbs.










satin,sablesatin
Negara asal: Indiana, USA. Nama diperolehi  dari ciri-ciri bulunya yang sangat berkilat. Bulu seperti sutera , halus, lebat dan tebal. Berwarna putih kuning, hitam, biru, pecahan, “californian”, “chinchilla”, cokelat, tembaga, merah, siamese & putih. Berat 8 1/2-11 lbs.




Antara Baka Lainnya:
- Teddy Bear
- Angora / Satin Angora / French Angora / English Angora
- Ears Lop / Holland Lop / French Lop / English Lop/Seal Point Cashmere Lop / Smoke Pearl Cashmere Lop/Red Eyes White Cashmere Lop / Black cashmere Lop/American Fuzzy Lop /
- Pendaging
- American Chinchilla
- Vienna White
- Beveren White
- Tan
- Silver Fox / Silver marten
- Eng Spot
- Sable
- Castor Rex / Mini Rex / Seal Point Rex
- Britannia Petite
- Palomino
- Satin / Sable Satin
- NZ
- Rhine Lander
- Lilac
- Magpie HarleQuin / Japanese HarleQuin
- Jersey Wooly
- Hotot
- Netherland Dwarf
- Himalayan
- Havana
- Florida White
- Flemish Giant / American Checkered Giant
- Lynx Dutch
- Cinnamon
- California
- Silver
- Belgian
- Argente De Cre'Me
- Argent Champagne
- American
- Alaska

Antara spesies arnab liar yang terdapat di dunia ini adalah :-

1. Pika Amerika Utara atau nama Inggerisnya "North American Pika" dari keluarga Ochotonidae, nama sainsnya Ochonotona princeps
2. Pika Bibir hitam atau nama Inggerisnya "Black-lipped Pika" dari keluarga Ochotonidae, nama sainsnya Ochonotona curzoniae
3. Arnab Amami atau nama Inggerisnya "Amami rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Pentalagus furnessi
4. Arnab Paya atau nama Inggerisnya "Swamp rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus aquaticus
5. Arnab Ekor Kapas Timur atau nama Inggerisnya "Eastern cottontail" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus floridanus
6. Arnab Pygmy atau nama Inggerisnya "Pygmy rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus idahoensis
7. Arnab Eropah atau nama Inggerisnya "European rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Orytolagus cuniculus
8. Arnab Gunung Berapi atau nama Inggerisnya "Volcano rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Romerolagus diazi
9. Arnab Perang atau nama Inggerisnya "Brown rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus europaeus
10. Arnab Artik atau nama Inggerisnya "Arctic hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus arcticus
11. Arnab Gunung atau nama Inggerisnya "Mountain hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus timidus
12. Arnab Jack Ekor Hitam atau nama Inggerisnya "Black-tailed Jackrabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus californicus